Ayam Masak Halia




Bahan-bahan

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

<<Selamat Mencoba>>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Stick Bawang Keju Bahan-bahan  10 porsi 150 gr tepung terigu 100 gr sagu tani 1/2 sdt garam 1/2 sdt royco ayam 2 btr telur 15 gr margari… Read More...
  • Tahu Bakso Mercon Bahan:• 25 biji tahu goreng Bahan bakso:• 250 g daging ayam giling• ‎2 buah wortel serut/cincang kasar• ‎3 batang daun bw iris tipi… Read More...
  • Stick Bawang Bayam Bahan-bahan  1/2kg Terigu Segitiga (jangan dituang semua, sisakan) 3 sdm full Tepung sagu (bisa diganti kanji kalau tidak punya… Read More...
  • Stick Bawang Gurih Bahan-bahan: 350 gr tepung segitiga - 75gr tepung sagu 1 sdt garam3/4 kaldu non msg4 siung bawang haluskan50 gr blueband (lelehkan)120… Read More...
  • Bakwan Mie Sayur Bahan-bahan: •250 gr udang•200 gr mie telur•250 gr tp bakwan sas*•1 buah wortel, iris memanjang•1/4 buah kol, iris tipis•3 batang daun b… Read More...

0 Response to "Ayam Masak Halia"

Posting Komentar